FacebookInstagramTwitterContact

 

Neutron Stars: Definition & Facts           >>           Youtube Reportedly Plans To Spend 'Hundreds Of Millions' On Red Originals           >>           1Password Now Lets You See If Your Password Has Been Leaked           >>           No, Postcards Won’t Solve Our Russian Interference Problem           >>           Microsoft And Xiaomi Will Pair Up On AI-Powered Speakers And Hardware           >>           Pele: Neymar Already The World's Best           >>           Former Trump Campaign Aide Rick Gates Pleads Guilty In Mueller Inquiry           >>           Tear Gas Kills Palestinian In West Bank Clash: Israeli Army           >>           Gold Futures Fall On Firmed U.S. Dollar           >>           1st LD: Former Trump Campaign Aide Rick Gates Pleads Guilty In Russia Probe           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]direct.com

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:33AM

Doha

: 06:56AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:52PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:43PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan bandar daya tarikan perkembangan ekonomi


SUASANA Sesi Muzakarah dan Perjumpaan bersama dengan Pengerusi-Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Lembaga Bandaran Tutong bagi Tahun 2017 hingga 2019 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat.

 


 January 11th, 2018  |  11:11 AM  |   861 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Detik gemilang Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta mencerminkan keharmonian hidup bermasyarakat di negara ini yang perlu kita pertahankan supaya negara terus kekal dalam aman dan makmur untuk diwarisi oleh generasi demi generasi.

 

Wawasan Brunei 2035 di mana harus memastikan bahawa langkah kita tidaklah ke mana-mana, melainkan hanya terarah kepada sasaran sahaja sehingga tercapainya matlamat 'Brunei Maju'.

 

Kerjasama erat semua pihak yang amat diperlukan kerana dengan kerjasama inilah akan menjadikan iklim perniagaan dan perusahaan bertambah mudah, sekali gus akan menjadikan negara juga lebih menarik di mata pelabur-pelabur asing.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menekankan tiga perkara utama tersebut dalam petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Baharu Masihi 2018.

 

Yang Berhormat menegaskan perkara tersebut semasa Sesi Muzakarah dan Perjumpaan bersama dengan Pengerusi-Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Lembaga Bandaran Tutong bagi Tahun 2017 hingga 2019 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Bangunan Baharu Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

 

Yang Berhormat menjelaskan, harapan tinggi kepada para pengerusi serta Ahli Lembaga Bandaran untuk sama-sama memikirkan akan rancangan-rancangan yang boleh mengubah wajah Lembaga Bandaran.

 

Ini jelas beliau, termasuklah menjadikan Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Seria serta Tutong sebagai pusat bandar yang 'vibrant', ceria, bersih dan dapat menarik pengunjung-pengunjung dan membantu menjana perkembangan ekonomi, sekurang-kurangnya bagi pengusaha mikro, kecil dan sederhana.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat menekankan di antara kriteria menilai status pusat bandar ialah kebersihan.

 

"Oleh itu perlulah difahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua yang berkenaan, iaitu pemilik bangunan, pusat komersial, bengkel-bengkel, kedai-kedai dan gerai-gerai perniagaan untuk memastikan kawasan masing-masing adalah bersih," tegasnya.

 

Seterusnya beliau turut mengongsikan mengenai pencapaian Bandar Seri Begawan di peringkat antarabangsa yang mana Bandar Seri Begawan berada di tangga 100 dalam 'Global Ranking of Most Liveable Cities' dan 'Southeast Asia's Third Most Liveable City' selepas Singapura dan Kuala Lumpur. Kajian tersebut dibuat oleh Economist Intelligence Unit (EIU).

 

Terdahulu, Sesi Muzakarah tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ketua Guru Ugama, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad.

 

Sesi Muzakarah dan perjumpaan tersebut bertujuan untuk beramah mesra dengan para Pengerusi Lembaga Bandaran serta para ahli yang telah dilantik atas kurnia perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Tahun 2017 hingga 2019.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri  (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, KHEDN, Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Awang Ajman bin Haji Meludin serta ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Existing Govt Still Right One – Musa

 2018-02-24 09:17:24

Rohingya Villages Destroyed 'To Erase Evidence'

 2018-02-24 09:26:13

Anbang Seizure Whets Buyers' Appetites for Buildings Across U.S.

 2018-02-24 10:04:42