FacebookInstagramTwitterContact

 

Neutron Stars: Definition & Facts           >>           Youtube Reportedly Plans To Spend 'Hundreds Of Millions' On Red Originals           >>           1Password Now Lets You See If Your Password Has Been Leaked           >>           No, Postcards Won’t Solve Our Russian Interference Problem           >>           Microsoft And Xiaomi Will Pair Up On AI-Powered Speakers And Hardware           >>           Pele: Neymar Already The World's Best           >>           Former Trump Campaign Aide Rick Gates Pleads Guilty In Mueller Inquiry           >>           Tear Gas Kills Palestinian In West Bank Clash: Israeli Army           >>           Gold Futures Fall On Firmed U.S. Dollar           >>           1st LD: Former Trump Campaign Aide Rick Gates Pleads Guilty In Russia Probe           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:33AM

Doha

: 06:56AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:52PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:43PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat menyaksikan Pementasan ISB


KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pementasan tersebut.

 


 January 13th, 2018  |  11:03 AM  |   837 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menyaksikan malam pembukaan Produksi Pementasan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dijunjung oleh Pengerusi Lembaga ISB, Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Pengetua ISB, Dr. Steven Paul Geraghty.

 

Berangkat sama ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Produksi Pementasan tahunan bertemakan 'ISB Will Rock You' yang diadaptasi dari Teater Muzikal We Will Rock You, versi Sir Ben Elton itu turut disertai paduka anakanda Kebawah DYMM, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

 

Selesai sesi pertama pementasan tersebut, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Santap dan seterusnya menyaksikan sesi kedua pementasan berkenaan.

 

Sebaik saja acara tamat, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta pementasan dan seterusnya berkenan menerima pesambah daripada ISB.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berkenan bergambar ramai bersama para peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pementasan berkenaan.

 

Pementasan tersebut berfungsi sebagai platform untuk para pelajar mempamerkan bakat dan kreativiti mereka.

 

Muzikal tersebut menceritakan tentang kehidupan pada masa depan di mana semua orang akan hidup dengan pemikiran yang sama, menggunakan fikiran yang sama dan melalui kehidupan dalam keadaan tanpa memikirkan dan mendengar 'gaga-music' yang dikuasai oleh sebuah syarikat bernama Globalsoft.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Existing Govt Still Right One – Musa

 2018-02-24 09:17:24

Rohingya Villages Destroyed 'To Erase Evidence'

 2018-02-24 09:26:13

Anbang Seizure Whets Buyers' Appetites for Buildings Across U.S.

 2018-02-24 10:04:42